Salam all. Asyik2 aku update pasal cara-cara beradaptasi dengan internet sahaja. Baiklah kali ni saya nak ajar cara drift kereta lak. Jika berminat dengan sukan drift sememangnya kita kena mengikuti step by step. Drift sebenarnya bukan susah. Tapi bukan juga senang. Sebelum nak belajar drift, apa yang pastinya anda bersedia dengan perkara-perkara di bawah :-
Memiliki Kereta Drift Sendiri
Beli lah sebuah kereta kereta yang boleh di jadikan kereta Drift sebenar. Semestinya kereta pacuan belakang / Rear Wheel Drive sahaja yea. Jika mahu lebih jimat beli je 'track car' jauh lebih murah berbanding kereta-kereta onroad walaupun sama jenis je. Jika ragu jangan segan bertanya, daripada sudah terkena baru ternada. Kang melayang duit kemana, cita-cita tah kemana hehe.
Spec Kereta Mesra Drift
Spec kereta memainkan peranan penting dalam membantu pengendalian kita. Antara yang patut di tekankan adalah :-
- Handling Part - Dalam Drift kereta power macam mana pun sekiranya Handling Part standard, TAK MUSTAHIL boleh di 'titik' dengan kereta ber horse power rendah. Sebaiknya dahulukan handling dan kawalan terutamanya , pengunaan LSD atau lock axle, memodifikasi rack depan kereta dengan pengunaan 'Super Angle Knuckle Kit'. Fungsi LSD adalah memudahkan bontot belakang kereta memberi impak melintangkan / menyengetkan kedudukan kereta. Manakala fungsi Super Angle Knuckle Kit pula memberi faedah di mana kita lebih mengawal kereta ketika Drift dengan kelajuan lebih tinggi, memberi Angle yang lebih cantik, dan agak sukar untuk 'spin out'. Dua benda ni sangat memberi kelainan. Standard handling pun boleh, tapi kureng lah jika serius nak drift. Bila lagi nak improve ? Jika skill dah improve namun spec membataskannya hahaha.
- Kuasa - Kereta lebih berkuasa lebih senang di kawal. Setting mau betul. Ada banyak option engine dan performence yang anda boleh pilih menjadi spec. Pandai-pandai lah merancang. Jangan terlalu terburu-buru. Kaji dahulu kelebihan dan keburukan spec-spec tertentu tu. Sama ada spec engine NA di gabungkan dengan Nos, Supercharger mahupun Turbo masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya.
- Dan banyak lagi sebenarnya yang membantu memudahkan pengendalian Drift ni. Hayati spec kereta anda nanti dengan keserasian pengendalian anda. Jika spec tak betul dan main bedal je, berkemungkinan anda akan merana akibat kerosakan dan tak selesa. So banyakkan bertanya dan berkawan. Duit tu beb kalo rosak. Sebab duit adalah kekuatan utama dalam minat ni hehe. Apa-apa hal tanya kat komen nanti k.
Skill Dan Cara
Dua perkara di atas sudah selesai? Memiliki kereta Drift sendiri dan Spec yang betul. Bermakna anda boleh lah Dirft. Semua orang boleh Drift sebab ilmu ada di merata-rata dan di dapatkan dengan free, skill pun boleh di asah walaupun dari zero. Namun tak semua orang mampu ataupun sanggup melepasi dua perkara di atas kan kan kan? Kecuali bermula dengan minat, kesungguhan, azam ataupun cita-cita. Baiklah Tanpa buang masa, mari cuba option-option ini unutk membolehkan anda Drift dan layak mengikuti Competition dalam masa Sebulan dua belajar Drift.